| LOGIN | ||
Menu |
PERLEMBAGAAN PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (AYSRAAF)FASAL 1 : NAMAPertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KEBAJIKAN ASYRAAF MALAYSIA (ASYRAAF) Selepas ini disebut Persatuan. FASAL 2 : TEMPAT URUSANAlamat berdaftar dan alamat surat menyurat ialah No.49B, Jalan Raja, 02600, Arau, Perlis atau di lain tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pentadbir dengan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA(Seperti dilampiran) FASAL 4 : TAFSIRAN PERKATAAN ASYRAAFAsyraaf adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kehormatan diambil dari perkataan SYARIF iaitu gelaran kepada seluruh keturunan Hassani dan Husaini. FASAL 5 : TUJUAN / MATLAMAT(a) Menyatupadu dan mengeratkan tali silatulrahim di antara ahli-ahli khasnya dan masyarakat amnya. (b) Berusaha dikalangan ahli-ahli untuk menghidupkan semula dan memupuk sikap dan amalan serta tanggungjawab terhadap kefahaman Islam yang sempurna yang menghidupkan nilai-nilai yang sempurna dan syummul (c) Memperbaiki jiwa-raga, gerak -geri serta meninggikan akhlak ahli-ahli. (d) Menjunjung tinggi adat resam, budi pekerti dan sopan santun sebagai bangsa timur untuk ketimuran. (e) Menggalakkan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal-ehwaI sivik, sosial dan kebajikan . (f) Menyertai pembangunan yang menyeluruh dan lengkap yang meliputi espek-espek kerohanian, moral, sosial dan ekonomi untuk memajukan ahli-ahli. Bagi mencapai dan menjayakan tujuan-tujuan yang tersebut di atas, Persatuan ini akan mengadakan : (i) Aktiviti -aktiviti Sukan Kebudayaan dan Kesenian serta; (ii) Ceramah-ceramah, Forum, Syarahan -syarahan dan sebagainya . (g) Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan Persatuan ini, dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat bagi tujuan yang baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persatuan ini. (h) Mengadakan pertunjukan -pertunjukan amal, hiburan-hiburan atau dengan cara halal yang tidak bercanggah syarak yang lain atau dengan memungut derma setelah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa berkenaan dan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan bagi menambahkan lagi tabung kewangan Persatuan . (i) Membeli, memajak, mendirikan, menyewa atau lain-lainnya mendapatkan sebarang rumah atau bangunan atau tanah yang harus dari suatu masa ke suatu masa yang dikehendaki untuk kegunaan Persatuan atau untuk melaksanakan mana-mana satu dari tujuan-tujuannya (j) Menguruskan, menjual, melepaskan atau lain-lainnya mengambil tindakan atas segala mana-mana satu dari harta Persatuan. FASAL 6 : KEAHLIAN(a) Keahlian persatuan terbahagi kepada 3 (tiga) jenis iaitu : Ahli BiasaKeahlian Persatuan ini terbuka kepada semua keluarga Asyraaf yang mencapai umur 18 (lapan belas) tahun keatas yang tinggal tinggal di Malaysia dan berwarganegara Malaysia. Mereka boleh memegang jawatan dalam persatuan dan berhak mengundi. Catatan S/U : Cuma keturunan dari Al-Hassani dan Al-Husaini boleh menjadi Ahli Biasa menurut pelembagaan Ahli BersekutuTerbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 (lapan belas) tahun keatas dan beragama Islam. Mereka tidak boleh memegang jawatan dalam persatuan dan tidak berhak mengundi tetapi mereka layak menikmati segala kemudahan yang disediakan. Ahli Seumur HidupTerbuka hanya kepada mereka yang menjadi Ahli Biasa sahaja dengan membayar yuran sekaligus. (b) Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli Persatuan ini hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh mengikut budi bicaranya menolak permohonan itu tanpa memberi sebab-sebabnya. Pemohonan menjadi ahli bagi tempat dimana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat. (c) Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli dan menikmati segala kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh persatuan (d) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cancelor Universiti berkenaan. FASAL 7 : BAYARAN MASUK , YURAN TAHUNAN DAN BAYARAN LAIN(a) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut : (i) Bayaran masuk RM 5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) (ii) Yuran tahunan RM 12.00 (Ringgit Malaysia Dua Dua Belas Sahaja) (iii) Yuran ahli seumur hidup RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ringgit Sahaja dengan dibayar sekaligus sahaja). (b) Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu tidak lewat daripada 31hb.Mac tiap-tiap tahun. Jika Cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung. (c) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. (d) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (e) Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mereka yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan persatuan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. FASAL 8 : KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI(a) Ahli yang hendak berhenti dari menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausah Cawangan dan menjelaskan segala hutang- hutangnya. (b) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya . Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 9 : MESYUARAT PERWAKILAN(a) Bagi undang-undang ini, seorang ahli-terus maknanya ialah seorang ahli Persatuan yang tidak menjadi ahli Cawangan dan seorang wakil ahli, maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus. (b) Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Perwakilan yang mengandungi wakil-wakil Cawangan dan wakil- wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli Persatuan. dengan persetujuan Presiden boleh hadir di dalam Mesyuarat Perwakilan tetapi ia tidak boleh bercakap atau mengundi. (c) Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh Cawangan masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan berhak memilih lima (5) orang wakil bagi sepuluh (10) orang ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan lima (5) orang wakil lagi bagi tiap-tiap lima belas (15) orang ahli lebih daripada tiga puluh lima (35) orang ahli yang pertama. dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada lima belas (15) orang. (d) Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh dipilih semula. Lima (5) orang wakil boleh dipilih bagi sepuluh orang (10) ahli yang pertama atau sebahagiannya dan tambahan dua (2) orang wakil bagi dua puluh (20) ahli lebih daripada tiga puluh ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil ahli tidak lebih daripada sepuluh (10) orang. (e) Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahli-ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi di dalam mesyuarat perwakilan. (f) Korum untuk Mesyuarat Perwakilan dianggap cukup jika wakil- wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahli-ahli terus Persatuan. (g) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 60 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu, tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan- keputusan mengenai semua ahli. (h) Mesyuarat Tahunan Perwakilan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada bulan April pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Tahunan Perwakilan ialah; (i) Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun yang lalu : (ii) Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; (iii) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan dua orang Juruaudit untuk tahun yang akan datang dan (iv) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (i) Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu. (j) Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai- pegawai dan cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat. (k) Setiausaha Agung, jika boleh, hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat. (l) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan, cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai- pegawai beserta dengan penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil Cawangan dan wakil ahli dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan atau di pejabat-pejabat Cawangan. (m) Mesyuarat Khas Perwakilan bagi Persatuan ini boleh diadakan: (i) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau (ii) Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. (n) Mesyuarat Khas Perwakilan yang diminta oleh Cawangan- cawangan atau ahli-ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (o) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung. sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. (p) Fasal 9 (f) dan 9 (g) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Khas Perwakilan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Khas Perwakilan itu atas permintaan Cawangan-cawangan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Khas Perwakilan yang dipohon dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (q) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan rangka peringatan tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 10 : JAWATANKUASA PUSAT(a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan :- (i) Seorang Presiden (ii) Seorang Naib Presiden. (iii) Seorang Setiausaha Agung. (iv) Seorang Penolong Setiausaha Agung. (v) Seorang Bendahari Agung. (vi) Sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Biasa Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Persatuan ini hendaklah warganegara Malaysia. (b) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan/ahli di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun. (c) Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar Am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan. (d) Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 buIan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada biIa-bila masa. Sekurang- kurangnya setengah (1/2) daripada biIangan ahIi Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (e) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha Agung bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat; (ii) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan (iii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyuarat Jawatankuasa Agung berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (f) Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat. (g) Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu. maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik ahli Persatuan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Tahunan Perwakilan diadakan. (h) Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. FASAL 11 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI(a) Presiden, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. (b) Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya. (c) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. la hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari Agung. (d) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung. (e) Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha Agung. (f) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya. FASAL 12 : KEWANGAN(a) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang- undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (b) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Persatuan. (c) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Agung atau Bendahari Agung maka bolehlah Jawatankuasa Pusat melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. (d) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Lima Ratus ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 2500.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Lima Ratus ) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. (e) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 13 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Tahunan Perwakilan yang berikutnya dan salinan boleh diperolehi untuk makluman ahli dialamat tempat urusan Persatuan yang berdaftar dan dari pejabat tiap-tiap Cawangan. (f) Tahun kewangan Persatuan ini bermula daripada 1hb Januari tiap-tiap tahun. FASAL 13 : JURUAUDIT(a) Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula. (b) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan dan Cawangan-cawangan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Tahunan Perwakilan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Persatuan atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat. FASAL 14 : PENGAMANAH(a) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Semua harta tetap kepunyaan Persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust). (b) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Perwakilan. (c) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Perwakilan oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Perwakilan dengan secepat mungkin. FASAL 15 : PEMBUBARAN(a) Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu Mesyuarat Perwakilan yang dipanggil khas kerananya. (b) Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Perwakilan berkenaan. (c) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 16 : PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN(a) Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang ahli Persatuan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. (b) Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan: (i) Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 15 orang. (ii) Jika cawangan tidak mematuhi undang-undang persatuan atau keputusan Mesyuarat Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan Persatuan. (c) Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam Fasal 16 (b) (ii) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan- tuduhan tersebut. (d) Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan. (e) Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam fasal 16 (b) (i) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana sebab di dalam peraturan 16 (b) (ii) di atas maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Persatuan. (f) Adalah menjadi kewajipan Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh. cawangan beserta dengan penyata kira-kira cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira- kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran. (g) Jika ahli-ahli sesuatu Cawangan, memutuskan hendak keluar daripada Persatuan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Persatuan dan seteerusnya menyedia dan menyerahkan penyata kira-kira kepada Setiausaha Agung seperti didalam Fasal 16 (f) diatas. FASAL 17 : MESYUARAT AGUNG CAWANGAN(a) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada 30 hari selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat Tahunan Perwakilan, supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya. (b) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk: (i) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas. (ii) Memilih wakil-wakil Mesyuarat Perwakilan untuk tahun hadapan. (iii) Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit cawangan untuk tahun hadapan. (iv) Membincangkan perkara-perkara lain yang akan dibentangkan. (c) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan. (d) Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk perbincangan di dalam mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat. (e) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan, satu agenda (acara mesyuarat) termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan. (f) Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (g) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (h) Suatu Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan: (i) Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau (ii) Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak; (iii) Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 15 orang ahli-ahli cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu. (i) Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut. (j) Fasal 17 (f) dan 17 (g) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (k) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan deraf catatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 18 : JAWATANKUASA CAWANGAN(a) Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang akan dikenali sebagai pemegang jawatan Cawangan, akan dipilih pada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (i) Seorang Yang Dipertua Cawangan; (ii) Seorang Naib Yang Dipertua Cawangan; (iii) Seorang Setiausaha Cawangan; (iv) Seorang Penolong Setiausaha Cawangan; (v) Seorang Bendahari Cawangan; dan (vi) Sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia. (b) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Semua pegawai kecuali Bendahari Cawangan boleh dilantik semula tiap-tiap dua tahun. (c) Pekerjaan Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan mengikut Undang- undang Pertubuhan dan arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan cukup korum jika hadir satu perdua (1/2) daripada ahli- ahlinya. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada. hari selepas mesyuarat itu diadakan. FASAL 19 : TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN(a) Yang Dipertua Cawangan dalam tempoh memegang jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan serta bertanggung-jawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. la mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan- peringatan mesyuarat setelah diluluskan. la hendaklah menandatangani semua cek cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. (b) Naib Yang Dipertua Cawangan akan memangku jawatan Yang Dipertua Cawangan semasa ketiadaannya. (c) Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut undang-undang dan ia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Cawangan dan JawatankuasaCawangan. la bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. la hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat cawangan dan membuat catatan. la hendaklah menandatangani semua cek Cawangan bersama- sama dengan Yang Dipertua Cawangan dan Bendahari Cawangan. (d) Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaannya. (e) Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan cawangan. la hendaklah mengurus dan menyimpan kira-kira mengenai urusan kewangan cawangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. (f) Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya. FASAL 20 : KEWANGAN CAWANGAN(a) Semua wang yang dikutip di Ibu Pejabat dan Cawangan- cawangan Persatuan akan menjadi aset bersama Persatuan (b) Mesyuarat Tahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di Cawangan sebagai kumpulan wang Cawangan dan akan menetapkan jenis- jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang Cawangan (c) Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang Cawangan. (d) Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15hb. tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan Cawangan bagi bulan lepas. (e) Semua wang Cawangan hendaklah disimpan di atas nama Cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Cawangan dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama-sama oleh Yang Dipertua Cawangan, Bendahari Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) pada suatu masa. Perbelanjaan yang melebihi RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) pada suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang kurang RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) bagi suatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua Cawangan bersama-sama dengan Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. (f) Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana-mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira sebagaimana dinyatakan pada fasal 16 (f) dan 16 (g). FASAL 21 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN(a) Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Undang-undang ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan-cawangan Pertubuhan, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai. (b) Mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat,Agung atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya. FASAL 22 : PINDAAN UNDANG-UNDANGUndang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Perwakilan. Permohonan untuk perubahan dan pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Perwakilan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 23 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG(a) Di antara berlangsungnya mesyuarat-mesyuarat perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan apabila mustahak memutuskan perkara- perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (b) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Perwakilan. FASAL 24 : PENASIHAT / PENAUNG(a) Jawatankuasa Pusat boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. (b) Penaung boleh menikmati segala kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Persatuan tanpa dikenakan bayaran yuran tahunan. FASAL 25 : LARANGAN(a) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. (b) Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. (c) Persatuan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. (d) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. |
|
Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia tidak bertanggungjawap terhadap sebarang bentuk bahan penulisan
atau maklumat yang menyentuh sensiviti sesetengah golongan. Semua bahan penulisan atau maklumat di dalam asyraaf.com adalah dalam bentuk atau salinan asal dari
penulisnya dan pihak kami tidak menambah, mengurangi atau mengedit bahan-bahan penulisan tersebut. Bacalah dengan pandangan dan pendapat anda sendiri. ©2006 Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia http://www.asyraaf.net content by Shaiful Jamalullail | designed by Karimy BenYahya | coded by Mohd. BilFaqih Sebarang pertanyaan sila email: syedkarimy@gmail.com |
||