| LOGIN | ||
Menu |
Logo Persatuan![]() KeteranganBentuk LogoLogo ini terdiri dari sebuah bulatan penuh yang bergabung dengan sebuah bulatan bujur yang disulami dengan bentuk bintang bersegi empat belas yang berbingkai warna merah berlatar belakangkan warna putih serta bertulisan arab warna hitam yang bermaksud ASYRAAF. Sebahagian bulatan penuh yang bergabung dengan bulatan bujur itu berlatarkan warna kuning. Dibahagian bawah yang seakan bentuk bulan sabit itu berwarna biru dan bertulisan perkataan "MALAYSIA" berwarna putih, manakala dibahagian atas bulatan bujur yang bergabung dengan bulatan penuh yang berwarna hijau dan terdapat tulisan perkataan "Persatuan Kebajikan Asyraaf" berwarna putih.. Bentuk Benderai) Bendera berbentuk segi empat tepat. ii) Saiz bendera Panjang 6 kaki X Lebar 3 kaki. iii) Akan mempunyai logo tersebut ditengah-tengahnya bendera. iv) Latar belakang bendera Putih. Tafsirani) Bentuk1. Bulat menunjukkan golongan muda sebagai penggerak. 2. Bujur menunjukkan golongan tua yang bersemangat. 3. Bujur bergabung bulat menunjukkan golongan tua yang menunjuk ajar golongan muda 4. Bintang bersegi empat belas menunjukkan empat belas negeri dalam Malaysia. 5. Bulan sabit Hijau dan Biru bertindih bermaksud Islam dan perpaduan tidak boleh dipisahkan. ii) Warna1. Hijau diatas menunjukkan Islam agama rasmi negara dan wajib dijunjung oleh setiap Muslim 2. Kuning ditengah menunjukkan raja sebagai identiti kemelayuan. 3. Putih menunjukan keikhlasan hati dalam melaksanakan tugas. 4. Merah menunjukkan keberanian yang tinggi dalam menegakkan kebenaran. 5. Biru menunjukkan perpaduan sesama sendiri, mengelakkan perpecahan. 6. Hitam menunjukan keyakinan dalam menjalankan amanah iii) Tulisan1. Tulisan Persatuan Kebajikan Asyraaf bermaksud nama persatuan ini. 2. Tulisan MALAYSIA bermaksud negara Malaysia. |
|
Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia tidak bertanggungjawap terhadap sebarang bentuk bahan penulisan
atau maklumat yang menyentuh sensiviti sesetengah golongan. Semua bahan penulisan atau maklumat di dalam asyraaf.com adalah dalam bentuk atau salinan asal dari
penulisnya dan pihak kami tidak menambah, mengurangi atau mengedit bahan-bahan penulisan tersebut. Bacalah dengan pandangan dan pendapat anda sendiri. ©2006 Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia http://www.asyraaf.net content by Shaiful Jamalullail | designed by Karimy BenYahya | coded by Mohd. BilFaqih Sebarang pertanyaan sila email: syedkarimy@gmail.com |
||