| LOGIN | ||
Menu |
SEBUAH KAJIAN MENGENAI NASAB SADAH BANI ALAWIPEMBAHASAN KESEPULUHSEKILAS MENGENAI ILMU NASAB DAN KEDUDUKANNYA DALAM SYARIAH ISLAMIYAH Berfirman Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an: يَا
أَيُّهَاالنَّاسُ إِنَّاخَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ
شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ
أَتْقَاكُمْ...الحجرات:13
"Hai manusia! Sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan
kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa, supaya kamu mengenal satu sama lain.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang
lebih bertakwa".(Q.S. Al-Hujurat:13.)Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia ibarat logam, orang-orang baik di zaman jahiliah adalah orang-orang baik pula di zaman Islam jika mereka berpengetahuan, manusia mengikuti Quraish dalam perkara ini; yang muslim mengikuti muslim Quraish dan yang kafir mengikuti kafir Quraish, kamu akan dapati orang yang paling baik ialah orang yang sangat membenci perkara ini (kekufuran) sehingga ia selamat dari terjerumus kedalamnya". (Muttafaqun Alaih menurut lafaz Muslim dalam keutamaan sahabat). Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu aka membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim Dengan itu jelaslah bahawa ilmu nasab adalah suatu ilmu yang agung, berhubungkait dengan hukum-hukum syarak yang termasuk dalam hukum yang lima. Oleh itu Allah memberi panduan kepada kita dengan firmanNya di dalam kitab suci Al-Qur'an: وَجَعَلْنَاكُمْ
شُعُوْبًا وَّقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوْا إِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ
أَتْقَاكُمْ...الحجرات:13
"Dan kami jadikan kamu, beberapa bangsa dan suku-suku bangsa,
supaya kamu kenla mengenal satu sama lain, sesungguhnya yang paling mulia
diantara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa".(Q.S. Al-Hujurat:13.)Orang yang mengingkari keutamaan ilmu ini adalah orang jahil, pembangkang dan menentang Allah dan RasulNya. Mereka meriwayatkan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. yang maudhu' (palsu), katanya: "Bahawa mengetahui ilmu nasab itu tidak memberi manfaat dan tidak mengetahuinya pun tidak membawa mudarat". Dengan memalsu hadis ini sesungguhnya mereka telah menghukum diri mereka sendiri, iaitu mereka menempah tempat tinggal mereka di dalam neraka jahanam, dengan mengira bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang baik. Sungguh syaitan telah memperdaya mereka dengan menghiasi amalan mereka. Bahagian Pertama - Kedudukan Ilmu Nasab Yang Penting Diketahui Dalam Syariah Islamiah
Kemudian para ulama telah menyusun nasab-nasab seperti yang diceritakan oleh Az-Zamakhsyari katanya: Nasab itu terbahagi kepada enam peringkat, pertama dinamakan sya'b yakni puak, kedua kabilah, ketiga imarah yakni suku, keempat batn yakni perut, kelima fakhiz yakni keluarga dan yang keenam fasilah yakni kaum kerabat. Mithalnya kata beliau, puak Khuzaimah, kabilah Kinanah, suku Quraish, kelompok Qusai, keluarga Hashim dan kaum kerabat Abu Talib. Berkata Amirul Mukminin Sayidina Omar Bin Al-Khatab r.a.: "Pelajarilah nasab kamu supaya kamu dapat menjalin tali kekeluargaan diantara kamu, dan janganlah menjadi seperti kaum Nabat hitam yang jika ditanya salah seorang dari mereka: Dari keturunan siapa kamu? Lalu mereka menjawab: Kami dari kampung itu." Maka demi Allah kiranya ada berlaku sesuatu antara seseorang dengan saudaranya, andainya ia tahu hubungannya dengan saudaranya itu dari hubungan kerabat nescaya hal ini akan menghalangnya dari mencerobohnya. Sebagaimana orang-orang Arab yang memberi penghormatan terhadap nasab-nasab mereka maka demikian juga seluruh bangsa Ajam (selain Arab) memberi perhatian terhadap nasab-nasab mereka dan perkara ini diambilkira dalam syariat Islam dengan syarat tidak menimbulkan asabiyah atau perkauman dan menimbulkan serewan jahiliah kerana Islam melarang asabiyah jahiliah seperti dinyatakan dalam sabda Nabi s.a.w.: "Tinggalkan ia (asabiyah) kerana ia busuk". Kata-kata baginda diucapkan ketika dua kelompok Aus dan Khazraj sedang bertikai sehingga berkata satu kelompok, "Mari kita pertahankan Aus" dan berkata yang lain, "Mari kita pertahankan Khazraj". Bahagian Kedua - Usaha Orang-Orang Orientalis Dalam Melenyapkan Ilmu Nasab Manakala paderi-paderi Nasrani menanggalkan pakaian kepalsuan mereka dengan mengenakan pakaian ilmu yang diperoleh dari orientalisme maka sebenarnya mereka telah meruntuhkan syariat Islam dengan cara meragukan dan membisikkan kepada tali barut mereka dari kalangan bangsa kita dalam perkara nisbah (keturunan) dan kepada mereka yang telah terpengaruh dengan adat istiadat mereka dalam segi akidahnya supaya mereka membantunya dalam meruntuhkan sendi-sendi Islam, ajaran-ajaran dan akhlaknya. Dan mereka datang dari segenap penjuru dengan anggapan bahawa cara itu akan memastikan matlamat mereka tercapai dengan memusuhi Islam serta mereka menginginkan supaya cahaya Allah itu dipadamkan dengan mulut-mulut mereka namun Allah tetap mahu menyempurnakan cahayanya. Diantara perkara yang hendak mereka hancurkan ialah ilmu nasab yang ada pada orang-orang Islam dan Arab. Mereka itu terdiri daripada orientalis Jerman bernama Westernfield, pengaran buku 'Aliran Tasawuf Di Selatan Negeri-Negeri Arab Pada Aabad Ke-12' dan diikuti oleh orientalis Inggeris bernama R.B. Sargent. Mereka dalam kempennya menggunakan kaedah Ibnu Khaldun(49) dalam perkara nasab yang bertujuan mencerca nasab Bani Alawi secara khusus dan seruan ini datang jauh sebelum Tantawi yang kemudian dibantah oleh Al-Allamah pakar nasab Syed Abdullah Bin Hassan Bilfagih dalam kitabnya 'As-Syawahid Al-Jaliyah(50) An Mada Al-Khalf Fil Qaedah Al-Khalduniyah' dimana beliau telah berjaya mengembalikan tipu daya mereka ke atas diri mereka dan dengan itu gagallah seruan mereka. Firman Allah: فَأَمَّا الزَّبَدُ
فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي
اْلأَرْضِ...الرعد:17
"Adapun buih itu hilanglah sebagai
barang yang tiada berharga dan apa yang berguna kepada manusia tinggal tetap
di muka bumi". (Surah Ar-Ra'd:17). Bahagian Ketiga - Ilmu Nasab Dalam Pandangan Ilmu Moden Ilmu moden sangat mementingkan ilmu warisan dengan menghasilkan beberapa penemuan bahawa keturunan itu berbeza antara satu dengan yang lain dalam mendapatkan kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan itu sesuai dengan sabda Nabi s.a.w., dari Abu Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Manusia bagaikan logam, yang baik di zaman Jahiliah baik pula di zaman Islam jika mereka memiliki pengetahuan. Manusia mengikuti orang-orang Quraish dalam hal ini, yang muslim mengikuti si muslim dan yang kafir mengikuti si kafir. Engkau akan dapati orang yang paling baik adalah orang yang sangat benci perkara ini sehingga ia terjatuh kedalamnya." Muttafaqun Alaih, menurut lafaz Muslim dalam keutamaan sahabat. Maka terbuktilah bahawa setiap keturunan dari keturunan-keturunan yang ada di alam hidup ini memiliki kelebihan-kelebihan yang diwarisi dan dengannya ia memperoleh keistimewaan sama ada alam yang hidup itu berupa tumbuh-tumbuhan, air, haiwan atau manusia, maka masing-masing keturunan membawa sifat-sifat ayahnya. Siapa berasal dair ayah yang mulia maka pasti ia akan mewarisi sifat-sifat ayahnya itu dan sebaliknya orang yang berasal dari ayah yang memiliki sifat-sifat yang hina dan penyakit jasmani, saraf dan jiwa maka ia akan menurun kepada keturunannya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan dalam sabdanya: "Pilihlah tempat untuk menyimpan air manimu, kahwinilah wanita-wanita yang setaraf denganmu dan kahwinkan wanita-wanita itu kepada mereka". Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Daraqutni, Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dari Ummul Mukminin Aisyah r.a. marfuk. Dan hadis riwayat Anas r.a.: "Berkahwinlah kamu dengan keluarga yang baik kerana sesungguhnya urat itu meresap". Diriwayatkan oleh Ibnu Adi dalam kitab Al-Kamil. Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada kita supaya tidak meletakkan air mani kita melainkan di rahim-rahim yang berasal dari keturunan yang mulia, baik dan dari sumber yang baik sehingga anak cucu dan zuriat kita terhindar dari kekotoran dan suci dari segala kenistaan. Ini tidak akan dapat diketahui melainkan dengan ilmu nasab. Maka kenyataan yang kita lihat pada hari ini di Eropah dimana perbuatan keji itu telah bermahrajalela, nasab bercampur-aduk dan masyarakat Eropah terjerumus didalam jurang yang rendah maka tersebarlah di sana penyakit-penyakit kelamin, jiwa dan saraf. Oleh kerana sifat dendam yang ada dalam diri mereka lalu mereka membawa masuk perbuatan keji itu ke dalam dunia Islam sehingga mereka dapat menghancurkan nasab-nasab penduduknya dan akhirnya mereka menjadikan dunia Islam terputus hubungan dengan asal usulnya. Disaat itu mereka merempuh masuk dikala umat Islam telah meninggalkan semua ajaran-ajaran yang lurus. Dan hanya Allah sebagai pelindung kita dari segala kejahatan mereka dan Allah yang menggagalkan tiu daya mereka. Firman Allah: يُرِيْدُوْنَ أَنْ يُطْفِئُوْا نُوْرَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ
وَيَأْبَى اللهُ إِلاَ أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka namun
Allah menolak (dan tidak rela) melainkan menyempurnakan cahayaNya". Maha
benar Allah yang Maha Agung. Kami memohon kepada Allah supaya menjadikan usaha ini semata-mata kerana Allah dan demi mempertahankan satu sendi dari sendi-sendi agama Islam serta memelihara kesucian itrah Ahlul Bait Nabi yang mulia yang mana orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya ingin merendahkan kesuciannya. Ya Allah seandainya ini benar maka itu daripadaMu dan jika salah maka itu dari diriku dan dari syaitan. Dan kami sudahi seruan kami dengan: "Subhana Rabbika Rabbil Izzati Amma Yasifun Wasalamun Alal Mursalin Walhamdulillahi Rabbil Alamin". Sekian. 48) Lihatlah pembahasan kesembilan, bahagian ketujuh, mengenai hukum-hukum yang dikhaskan kepada Ahlul Bait dalam buku ini. 49) Lihat Al-Qaidah di akhir pembahasan, cetakan Al-Mukhtar Al-Islami, Dar As-Salam, Mesir. 50) Kaedah Ibnu Khaldun: Jika kamu meragukan bilangan ayah dalam nasab kerana sedikit atau banyaknya bilangan itu akan menyesatkannya dan kamu menghendaki kepastian untuk mengetahui sesuatu yang dapat menentukan bilangan mereka dengan ketentuan yang biasanya benar, sedangkan tahun-tahun itu dapat diketahui dengan pasti olehmu, maka untuk membenarkan bilangan nasab mereka pada kunci nasab hendaknya kamu menentukan bahawa tiap seratus tahun mesti ada tiga orang datuk, juka tepat kiraan itu dengan bilangan mereka maka itu benar, tetapi jika kurang satu generasi maka ia salah bilangan mereka kerana terlebih satu. Adapun juka terdapat keraguan pada tahun-tahunnya maka hendaknya kamu kira seperti di atas iaitu dengan membahagikan bilangan tahun kepada bilangan datuk, jika dapat maka itu jawapannya. Kaedah ini bertentangan dengan kenyataan dan telah dibantah dan dipatahkan dengan bukti-bukti oleh As-Sayyid Abdullah bin Hasan Bilfaqih dalam kitabnya As-Syawahid Al-Jaliyah An Mada Al-Khalf Fil Qaidah Al-Khalduniyah dicetak di percetakan Al-Mukhtar Al-Islami. |
|
Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia tidak bertanggungjawap terhadap sebarang bentuk bahan penulisan
atau maklumat yang menyentuh sensiviti sesetengah golongan. Semua bahan penulisan atau maklumat di dalam asyraaf.com adalah dalam bentuk atau salinan asal dari
penulisnya dan pihak kami tidak menambah, mengurangi atau mengedit bahan-bahan penulisan tersebut. Bacalah dengan pandangan dan pendapat anda sendiri. ©2006 Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia http://www.asyraaf.net content by Shaiful Jamalullail | designed by Karimy BenYahya | coded by Mohd. BilFaqih Sebarang pertanyaan sila email: syedkarimy@gmail.com |
||