| LOGIN | ||
Menu |
KEUTAMAAN KELUARGA RASULULLAH SAWBAHTERA KESELAMATANAhlulbait Nubuwwah pengemban wasiat sepanjang zaman Bahtera kehidupan dan bahtera keselamatan Selagi bintang-bintang belum berguguran Mereka tempat manusia menumpu harapan Kesucian mereka terpatri kukuh dalam al-Qur'an Diuraikan sabda Nabi di dalam Shahihan1 Tentera sebagai amanat dalam Hadith Tsaqalain2 Tiada kalimat meragukan orang beriman Mereka bahtera penyelamat kemanusiaan Dari taufan dan badai keduniaan Mereka bintang-bintang pemandu jalan Bagi setiap musafir ke alam kelanggengan Betapa pun dahsyat gelombang kemunafikan Hendak membenamkan mereka ke dasar lautan… Betapa pun ganasnya muntahan lahar kedzaliman Hendak menghanguskan mereka menjadi debu berserakan… Dengan lindungan Ilahi mereka tegak tak terpunahkan Dengan kebenaran Rasul-Nya mereka tangguh tak tergoyahkan Dengan kecintaan ummatnya mereka tak tersingkirkan Dengan kesucian darahnya mereka tak tercemarkan Seandainya dahulu ada seribu Karbala dan Dzil Jausyan3 Bahtera ahlulbait tak akan karam dan bintang pun tak suram Selagi Allah menghendaki kelestarian insan Pengemban amanat kebenaran dan penentang kebatilan Kemulian mereka titisan suci darah Rasulur-Rahman Terpadu dengan kalam Ilahi di setiap dada beriman Dalam Surah Al-Ahzab dan Aali Imran4 Hingga semua kembali ke Haud di Yaumil-Mizan5 Beruntunglah orang yang melaju dalam bahtera keselamatan Mengikuti cahaya bintang di tengah samudra kehidupan Celakalah orang yang enggan berlayar menyeberang laut Memejamkan mata terhadap beribu bintang taburan KEAGUNGAN AHLULBAIT RASULULLAH S.A.W.Syair Farazdaq tentang 'Ali Zainul Abidin Dialah yang dikenal jejak langkahnya oleh butiran pasir yang dilaluinya Rumah Allah Ka'bah pun mengenalinya dan dataran tanah suci sekelilingnya. Dialah putera insan termulia dari hamba Allah seluruhnya Dialah manusia hidup berhias takwa kesuciannya ditentukan oleh fitrahnya Apabila orang Quraishi melihatnya berkatalah penyambung lidah mereka: Pada keagungan peribadinya berpuncak semua sifat yang mulia. Bernasab setinggi bintang kejora seanggun langit di cakerawala tak tersaingi insan mana pun juga baik Arab mahupun 'Ajam6 di jagat raya Di saat ia menuju ke Ka'bah bertawaf mencium Hajar jejak datuknya Ruknul-Hatim7 enggan melepaskan tangannya kerana mengenali betapa ia tinggi nilainya Senantiasa menundukkan kepala Kerana pemalu menjadi dasar fitrahnya Orang terpaku kerana kewibawaannya mengajaknya bicara hanya saat senyumnya Itulah 'Ali buyut Rasul Allah buyut pemimpin segenap ummat manusia dengan agamanya manusia berbahagia keridhaan-Nya Sinar hidayat memancar di antariksa dari kecermelangan bulan purnama penaka mentari terbit diufuk sana membelah cuaca gelap gelita Darah, daging dan tulang sumsumnya berasal dari utusan Allah Yang Maha Esa sungguh indah semua unsurnya serba sempurna semua intinya Jika anda belum mengenal dia dia itulah putera Fatimah puteri Nabi utusan Allah penutup para Rasul dan Anbiya Sejak azal Allah memuliakan martabatnya tiada makhluk setara keagungannya tersurat dalam ilmu Allah Pencipta di Lauh Mahfudz dengan qalam-Nya Pertanyaan anda "siapa dia" Tidak merugikan keharuman namanya Arab dan 'Ajam mengenal dia walau anda hendak mengingkarinya Uluran tangannya bak8 hujan merata menyebar manfaat ke mana-mana tangannya tak pernah kosong dan hampa walaupun dermawan tiada tara Lembut perangai dan perilakunya bila marah tak dikhuwatirkan akibatnya budi luhur dan kedermawanannya dua hiasan hidupnya yang terutama Tiap si miskin datang kepadanya beban derita dipikul olehnya Dengan wajah cerah ceria baginya "ya" jawapan yang termesra Bila berjanji tak kenal cedera keberkahan menyertai kebajikannya riang peramah dan lapang dada sedetik pun hatinya tak pernah lengah Tak pernah ia berucap "tidak" Kecuali dalam ucapan syahadatnya9 kalau bukan kerana syahadatnya "tidak"-nya berubah menjadi "ya" Kebajikan meluas dan merata seluas bumi dengan segala isinya hapuslah semua duka derita sirnalah semua ratap sengsara Berasal dari keluarga mulia mencintainya fardhu wajib dalam agama membencinya kufur dalam agama dekat padanya selamat dari merbahaya Kalau dihitung semua orang bertakwa merekalah barisan pemimpinnya bila ditanya siapakah penghuni buni utama tiada lain kecuali "mereka"-lah jawapnya Kuda sembrani pun tak terdaya Menjangkau ketinggian martabat mereka tiada makhluk lain tolok bandingnya betapa pun tinggi dan mulianya Laksana hujan menyiram kemarau mengikis paceklik menangkal bencana ibarat singa…singa Syara10 terkenal tangkas dan amat perkasa Kesukaran hidup bukanlah alasan mereka untuk menahan uluran tangannya keadaan mereka senantiasa sama di saat "kaya" dan di waktu "sengsara" Betapa berat cubaan dan derita tersingkirkan oleh cinta kasihnya dengan cinta kasih dan kebajikannya nikmat Ilahi melimpah berlipat ganda Sebutan mereka diucapkan setiap insan setelah sebutan Allah Yang Maha Rahman pada tiap awal wicara dan pada tiap akhir untaian kata11 Kenistaan pantang menyentuh mereka tiada kehinaan menjamah kehormatannya keharumannya semerbak merata dengan tangan mereka melawan durjana tak ada manusia hina di mata mereka tak seorang pun menjadi budaknya tidak! Merekalah justeru pemimpinnya dan yang pertama: Rasul pembawa nikmat-Nya yang mengenal Allah pasti mengenal dia yang mengenal dia mengenal keutamaannya yang bersumber pada lingkungan keluarganya tempat manusia bermandikan cahaya12 Sya'ir Farazdaq 1) Dua Hadith Shahih Bukhari dan Muslim. 2) Hadith Rasulullah s.a.w. yang mewasiatkan ummatnya supaya tetap berpegang teguh pada dua bekal, iaitu Kitabullah dan ahlulbait beliau. 3) Karbala = Tempat pasukan Bani Umayyah menyerang Al-Husein r.a Dzil Jausyan = nama orang yang mencincang jenazahnya. 4) Surah Al-Ahzab: 33 dan Surah Aali Imran: 61 5) Haud = Syurga. Yaumil-Mizan = Hari Kiamat. 6) 'Ajam = Sebutan khusus bagi semua bangsa diluar bangsa Arab,atau semua yang tidak berbahasa Arab. 7) Ruknul-Hatim = Sudut Ka'bah, tempat Hajar Aswad diletakkan. 8) Bak = Laksana 9) Kata "tidak" dalam syahadat: "Tidak ada tuhan selain Allah" 10) Singa Syara = Jenis singa terkenal keberaniannya di daerah sekitar Al-Furat. 11) Yang dimaksud ialah doa, khutbah dan lain-lain selalu diawali dan diakhiri dengan ucapan shalawat kepada kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada "aal" (keluarga)-nya 12) Agama Islam. |
|
Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia tidak bertanggungjawap terhadap sebarang bentuk bahan penulisan
atau maklumat yang menyentuh sensiviti sesetengah golongan. Semua bahan penulisan atau maklumat di dalam asyraaf.com adalah dalam bentuk atau salinan asal dari
penulisnya dan pihak kami tidak menambah, mengurangi atau mengedit bahan-bahan penulisan tersebut. Bacalah dengan pandangan dan pendapat anda sendiri. ©2006 Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia http://www.asyraaf.net content by Shaiful Jamalullail | designed by Karimy BenYahya | coded by Mohd. BilFaqih Sebarang pertanyaan sila email: syedkarimy@gmail.com |
||